Wanita.

Thursday, June 17, 2010

peringatan ini khusus buat diri~

Allah Maha Bijaksana..
cantik sungguh pelaksanaannya..
Dia beri kita rasai manisnya cinta..
bagaimana rasanya cinta..
selalu rindu untuk menemukan pesanan-pesanannya..
tidak sabar, gemuruh, bila nk bertemu..
sentiasa ingin tampil menarik dihadapannya..
barangkali ini agaknya rasa itu..

tapi setelah itu, DIA ketuk hati kita..
kita tahu kebenaranNYA tapi rasa seperti tidak mampu untuk menggalasnya..
DIA tahu hati seperti inilah yang lunak untuk kembali mengingati-Nya..
DIA temukan kita dengan cahaya2 petunjuk-Nya..
Tuhan itu maha Pengasih..
Tuhan itu maha Pemurah..
Setitis derita yang melanda, segunung kurniaan-Nya ..
bersyukurlah.. sujudlah.. ucapan kalimah syukurmu itu dari hati yang terdalam.. ucapkan terima kasih pada-Nya.. terima kasih yang teramat sgt..
kerana hanya orang dikehendaki-Nya shj yang akan diberi petunjuk..
nah, jangan berlengah.. kuatkan hatimu.. tegaskanlah prinsipmu..
DEMI ALLAH TERCINTA.. DEMI ALLAH!!

suatu ketika dahulu, wanita adalah golongan yang paling tidak berguna dan acap kali ditindas..
tapi setelah kedatangan nabi kita tercinta, MUHAMMAD S.A.W martabat wanita kembali di kedudukan yang atas..
apa ini balasan kita untuk penat lelah & susah payah baginda..??
sanggup kita..??
sehingga saat kematian baginda pun, yang terpacul dibibirnya hanyalah~umatku!3x..
betapa sayangnya baginda pada kita..
teramat sayang!.. sampainya hati kita berlaku begitu..

wanita bisa menjadi fitnah untuk lelaki..
oleh itu, kitalah yg kena bertegas untuk mengetuk pintu kelalaian insan bernama lelaki..
ada yang mengingatkan, jadilah sang mawar berduri..
walau kadangkala mawar itu terpaksa 'melukakan' jari2 yang cuba menyentuhnya lantaran 'duri' (prinsip) yang memagari batangnya..
walau seringkali mawar dikatakan sebagai bunga yg kejam..
tapi xmengapa.. Tuhan tahu bahawa mawar itu sedang kuat mencuba menutupi sari madunya dari menjadi ratahan kumbang yang tidak bertanggungjawab.. hanya kumbang terpilih sahaja yang bisa menebarkan dedebu bunganya~

kerana Tuhan akan tanya apa yang telah kita usahakan..
bukan natijahnya..


ketahuilah,
suami itu seorang sgt tinggi martabatnya buat isteri setelah cinta kita pada Allah dan Rasul-Nya..
tegakah kita untuk memberi sisa cinta kita kepada seorang yang bergelar suami..?
padahal dialah yang selayaknya kita curahkan rasa cinta dan sayang
cinta pertama manis..
sebab itu, simpankan saja cinta itu utk dia..
kita berkuasa memilih..
Tapi Allah lah yang menetukan segalanya

tugas kita sekarang..
adalah dengan mencari redha-Nya..
capai cinta Allah & Rasul..
hargai kedua orang tua..
andai ditengah perjalanan ini kita diuji,
mohon kekuatan dari ALLAH..
minta pandangan orang tua..
berbincang sama teman2 yang 'sealiran'..

terus terang padanya..
jangan kalah!
takut lah pada azab Allah..
berani kerana benar.
awak boleh..
jangan berlengah..
awk mampu..
Demi ALLAH..

lots of credits to; ya~

Allah Knows

Monday, June 14, 2010

By Zain Bhikha
video




All Praises to ALLAH.

keras hati.

Friday, June 11, 2010

Boleh tak?

Boleh apa?

kalau nk berkeras hati?

silakan.

tapi...


tapi apa?

Ada yang merungsingkan diri.


Apa dia?

Kenapa manusia perlu punya perasaan?
Ia menyakitkan diri sendiri. tidak begitu?


hmmm..
Kuatkan lah diri!
jangan lemah!
anda penggerak diri sendiri!

jangan biar perasaan itu yg mengetuai diri.
FAHAM?

ingat, jgn biar emosi menguasai diri!.

hmmm..
Diri akan cuba, InsyaALLAH.

(toleh dan berlalu pergi)

Baju itu.

Wednesday, June 9, 2010

masa: 5.30 minit petang
kondisi: neutral~


kejadian/peristiwa hari ini buatkan diri terfikirkan sesuatu~

Bayangkan, kita hendak membeli sehelai baju.
akan tetapi kita sudah punyai sehelai baju yg lebih kurang sama seakan2 baju yang kita punyai.

Namun,
kita tetap berkeras,
inginkan baju yang di jual oleh kerana ianya masih baru,
tanpa kita sedari bahawa baju yg kita hendak beli itu sama sahaja dgn yg kita sudah miliki.

diri terfikir,

bukankah sepatutnya kita guna sahaja baju yg sudah sedia ada?
Walaupun baju itu kemungkinan lebih lama dari baju yang baru,
akan tetapi, mungkin kualiti baju yang baru itu tidak sama seperti baju yang lama.

Baju itu mungkin sudah lama,
walaubagaimanapun ia tetap boleh digunakan bukan?

hargai apa yang kita ada,
latih diri kita.

baju lama itu mungkin bukan yg terbagus dari baju baru itu,
tetapi ingatlah, baju lama itu lebih byk memberi jasa kpd kita.

jangan kerana sudah jumpa baju yang lebih baik, kita tinggal dan lupakan baju kita yang lama.

jadi~~~

Sama2 kita beringat dan fahamkan;

*JANGAN BAZIRKAN DUIT KITA UTK BRG YANG BUKAN MENJADI KEPERLUAN BUAT DIRI*

(",)

Kata.

Monday, June 7, 2010

waktu: 10:59 minit malam
kondisi diri: muhasabah diri

hari ini diri dpt ilham,
ttg perkara berkaitan kata


apa agaknya manusia faham ttg kata?

hmm..

knp agaknye, manusia lebih mudah ambil sesuatu kata itu utk dirinya? mengerti @ tidak?

maksud yg cuba diri ingin sampaikan ialah;

pernah tak terfikir, kita ini selalu mudah utk terpengaruh dgn kata-kata nasihat dr org, yang mana utk kebaikan kita.

contohnya; bila kita terdengar ceramah oleh ustaz@ ustazah,
atau taklimat oleh guru2 ttg disiplin sekolah,
mudah utk kita ambil.

juga, bila tiap kali terjadi perkara bertentangan, tiba2 akan teringat; " kan cikgu ada pernah kata~...." begitu dan begini..


hmmmm..

pernah x kita terfikir? segala kata2 nasihat @ taklimat yg kita dpt dari org2 luar yg kita dengari itu, semuanya apa yg IBU, MAK kita selalu pesan?
perasan atau tidak? sedar atau tidak keadaan itu?

jadi, knp agaknya kita lebih mudah ambil apa yg org luar katakan lebih dari apa yg MAK@IBU katakan?

disini diri ingin sama2 kita fikirkan,
kita dengar kata2 mereka td, kerana, kita rasa mereka betul.
dan yg paling utama, kerana kita punya RESPECT pada mereka.

jadi, bagaimana dgn IBU @ MAK kita? apa kita tidak ada RESPECT pd IBU @ MAK kita?

bukankah setiap yg dikatakn itu, semua yg telah bertahun2 IBU @ MAK kita pesan atau nasihatkan?

nasihat @ pesanan yg sama,
tp sukar utk diterima juga diambil & diterap bila ia disampaikan oleh yg melahirkan serta yg membesarkan.
namun mudah pula tatkala ianya disampaikan hanya sekali, seketika, serta sewaktu ceramah @ taklimat oleh yg lebih ilmunya ttg sesuatu perkara itu.

dapat atau tidak apa yg cuba disampaikan di sini?

jika ya, sama2 la kita fikir2kan.. brapa byk amal kita pada kedua ibu serta ayah kita?

dan jika tidak, maaf, diri hanya mampu menukil setakat yg diri fahami serta yg difikiran.

Innallaha ma'ana~

Berkarat~

waktu: 10:40 minit malam
kondisi: sunyi.senyap.

Laman sesawang yg sudah hampir sebulan stgh tidak ku lawati.
hampir berkarat jdnye, bukan isinya tetapi ideanya.
lama ditinggal, lama tidak dpt dinukilkan.
ku mulakan semula dengan permulaan segala perkara.

Bismillahirrahmanirahim.

Akan langsung ku teruskan~. AYUH!!


InsyaALLAH, akan ku pastikan sentiasa ada bekalan buat diri serta teman2. nantikan jua hrp dinasihat2kan. Wallahua'alam.