masa: 10.01 mlm
kondisi: muhasabah diri.
tiap2 kita punya khidupan sendiri
punya cara sendiri
punya personaliti sendiri
mahu jadi yang baik?
mudah saja, berubahlah kearah kebaikan.
tinggalkan yang salah, yang mungkar
dtg lah dan dekatkan lah ke jalan yang benar.
mudah bukan?
mudahhh..memang mudah..
namun dlm pada diri nk jd yang baik, perlu juga istiqamah.
berubahlah dgn cara yang betul2 dekat dgn diri, selaras dgn personaliti.
agar diri tidak dikatakan hanya berubah luaran dan bkn kedua2 luar dan dlm.
sudah istiqamah? alhamdulillah, teruskan bermujahidah di jalan ALLAH.
Seterusnya, jadi baik pada org di sekeliling.
bkn bermaksud utk menjadi hipokrit,
juga bukan utk berbangga2 serta bermegah2 ttg diri sendiri.
ttp lebih kepada utk pengaruh, atau mendekatkan mrk pada jalan yang sama dgn diri.
siapa bilang mudah? alhamdulillah, teruskan.
namun byk rintangan serta ujian bila mane diri cuba utk pengaruh mrk yg lain.
pengaruh disini lebih kpd sudut yg mana diri cube sebaiknya memberi nasihat serta pandangan agar mrk dpt dekat di jalan ALLAH.
di sini mulanya ujian, bila mana diri akan dipersoalkan kembali oleh mrk.
baik sgt kah engkau? bagus sgt kah engkau? byk sgt kah ilmu engkau? tgk pd diri sendiri la baru kemudian nasihat kami.
blh jd sesiapa prnh brda dlm situasi sbgini, tntu tergamam, serta terdiam seketika.
diri akan tiba2 menjadi sgt kecil dan rendah, fikirkan, diri ini masih byk kesilapan, masih byk dosa kepada DIA, tp masih ada hati ingin nasihatkan mrk.
duhai diri, jangan bersedih, jgn berputus asa.
mmg benar diri masih tidak cukup baik.
setiap org pasti merasakan diri masih belum cukup baiknya,
namun hendaklah sentiasa beringat, biarlah sekurang2nya diri ada usaha kearah yg LEBIH BAIK.
mmg benar sukar utk diri 'dakwah' pada yg lain supaya ikut sama-sama dgn diri,
namun sekurang2nya diri telah cuba.
jgn mudah berputus harapan.
jangan mudah terasa dek kata-kata yg melemahkan.
kuatkan diri kerana ALLAH TA'ALA.
Hanya DIA Mengetahui Segala.
baik atau tidak diri,
hitunglah dengan ibadah
tambahkan dengan amalan.
kata-kata org yg membuat keputusan siapa baik siapa tidak usah dipedulikan,
yang mrk nmpk hanya luaran.
Namun, yang benar-benar memberi jwpn, hanyalah DIA YANG MAHA SATU.
Wallahua'lam.
Innallaha ma'ana~
(sekadar perkongsian serta peringatan buat diri sendiri serta sahabat2 sekalian.)
# asif jiddan jika ada salah dan silap. tegurlah jika terdapat kesalahan dlm perolahan di atas. syukran! (^_^)
BaiK ?
Thursday, April 22, 2010
Posted by Fara Hazwani at 9:54 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)