KURANG CERDIK

Monday, March 21, 2011

Bismillah..

Manusia dilahirkan dengan kurniaan akal.
Akal adalah satu anugerah dari Allah yang diberikan hanya kepada manusia.
Berlainan daripada haiwan, ia dikurniakan naluri (instinct) untuk kehidupannya.

Namun begitu ada sesuatu yang ada pada kita ada juga pada haiwan. OTAK.
Otak memainkan peranan yang penting dalan kehidupan. Tanpanya manusia boleh hilang fungsi sebagai insan.

Tetapi entri pada kali ini bukan bertujuan untuk berbicara soal otak tetapi kepandaian. Manusia diberikan otak yang sama namun tidak kepandaian. Walaubagaimanapun, ALLAH tidak menjadikan manusia itu bodoh tetapi ALLAH menjadikan kepandaian yang berbeza-beza. Ingin saya berkongsi suatu cerita yang mungkin boleh menerangkan maksud tersirat dihati ini.

Ceritanya berkisarkan tentang seorang professor dari sebuah universiti terkemuka tempatan sedang bercuti bersama keluarga di sebuah pulau yang cantik di pantai timur. Dalam perjalan menuju ke pulau tersebut berlaku dialog diantara professor tersebut dengan pemandu bot.

Prof: Cik, boleh saya bertanya, cik tahu membaca?

Pemandu bot: Allah cik. Manelah orang macam saya tahu membaca cik. Setakat abc gitu tahulah. Nak lebih-lebih tak tahu la saya cik.

Prof: Sayang, kamu sudah kehilangan sebahagian daripada nikmat dunia. (Sambil menggelengkan kepala)

Kemudian Professor tersebut bertanya lagi,

Prof: Cik, cik tahu mengira?

Pemandu bot: Allah cik. Manelah saya tahu cik. Setakat kira duit rm5 dari jeti ke pulau, dari pulau ke jeti rm5 tahulah cik. Lebih-lebih dari tu tak tahulah saya cik.

Prof: Sayang, kamu sudah kehilangan sebahagian daripada nikmat dunia. (Sambil menggelengkan kepala)

Dalam perjalanan menuju kira-kira lagi satu kilometer dari pulau, tiba-tiba bot tersebut mengalami kebocoran. Air laut masuk ke dalam bot dengan cepat. Dengan pantas pemandu bot mencedok air keluar bot. Tetapi air tetap masuk dengan mendadak sehinggakan tidak termampu lagi bagi pemandu bot untuk mencedok keluar air.
Tiba-tiba pemandu bot bertanya kepada professor,

Pemandu bot: Cik, cik tahu berenang?

Prof: Eh, saya , saya tak tahu berenang.(Dalam keadaan gusar)

Pemandu bot: Kalau cik tak tahu berenang, cik akan kehilangan semua nikmat dunia cik.

Prof: Gulp!???
________________________________________________________________________


Kesimpulannya di sini, kita janganlah sekali-kali merendahkan martabat seseorang itu berdasarkan kelayakan akademiknya semata-mata. Kadang-kala orang itu lebih berpengetahuan dari kita.
Paling tidak pun, orang itu mahir dalam bidangnya. Kita pakar dalam bidang kita, manakala orang itu pakar dalam bidangnya. Masing-masing ada pengkhususan bidang masing-masing.
Selain daripada itu, janganlah kita mencerca pengutip sampah yang mengutip sampah ataupun tukang sapu yang saban hari melakukan pekerjaannya. Andai kata mereka tidak bekerja walaupun sehari, sudah tentu kawasan kita akan dipenuhi dengan sampah.
Jadi ingatlah sentiasa, ALLAH tidak menjadikan manusia itu bodoh tetapi ALLAH menjadikan kepandaian yang berbeza-beza.


Lots of credit to,
(^_^)

usrati~

Thursday, February 3, 2011


family ohhh family~

instead of starting of my post for 2011 with general post. i'll take this chance to atleast once include my personal post. its about my family.

FAMILY

there's always ups and down in our life~
there's always conflicts~
there's always misunderstanding~
there's always jealousy~

Although, even if "there's always" ~
We are family~
When one is down, the other will console~
Even if we had a great fight over something~
we will always be family~

Different characters, different manners, and different style of ours~
does not occured any distinction~
But it rather makes it even more colorful in our life~




whooaaa~ everything up here was just something that popped up in my mind suddently. haha. who knows i can be such a great writer huh? hohoho..(self boasting~ i know..so what?! ) :P

nyw, yesterday was Chinese New Year to all the chinese people~
and together all of us~
of coz we didnt celebrate them.
But we had much more wonderful day~

Of course every other day i felt the closeness between us.
but it has been long since we get to gather everyone~
When every normal weekend i went back home, some of them are there, but not all.
since the four of us, my sis and i, and both my brothers are all currently staying in hostel~ only my younger sister stay with my parents.
its only when we had holidays that we can all together have activities together as a famly.

Back to the story~
yesterday~

to me, i had a wonderful day with my family.
we clean the whole house together~
even cooked the breakfast for my family~
and washed the cars together~

it was fun, really~
its not all the time that we can do something like this. Even if we had, not everyone could be there at that moment.

well~ my day didn't stop there~
After zuhr prayer ayah suddently said, "Jom makan dekat luar?"
wahhh~

All of us were very excited and rushed, to changed into proper clothes.
We ate at Pak Li's Restaurant~
the boys ate some chicken chop with black pepper sauce, and the others~ i can't remember. ;)

After finished eating, we did not just went back home.
instead, we when shopping!!
haha.
its not like any other shopping that when we said we're going shopping but actually we're only going to buy the groceries.

its really shooping.
Really BIG BIG THANK YOU!!! to both our parents cause bought us things that we want.
REALLY REALLY LOVE THEM!! SO SO MUCH!
its not just because we got something that only we suddently being nice~
but sincerely!! i love my parents! i love my siblings! and of coz, i love my family!!!

Now the day has ended~
excluding today, we have only 1 day and a half to spend our time together.
on sunday~ all of us will go back to our hostel~

how i wish time can slow down~
haha...

how i feel the time is so precious~
how time fly so fast.

its not always we get to do something like this.
especially when everyone starting to grow up.
and later on, one by one will leave the house~
to full own responsibility~

Kadang-kadang diri pernah terfikir~
Masing-masing semua dah meningkat remaja kemudian ke alam dewasa~
Sekarang pun susah untuk kita habiskan masa bersama keluarga tersayang~

Ini baru dalam alam universiti~
belum lagi alam bekerja~
belum juga lagi bila sudah berumahtangga nanti~

bila lagi kita dapat luangkan masa bersama-sama?
pernah terfikir tak tentang ini?

semakin besar,
semakin meningkat dewasa,
semakin meningkat usia~
janganlah kita semakin jauh dengan keluarga~
sepatutnye kita gunakan masa bersama-sama itu dgn sebaiknya.

Sepatutnya bersama-sama kelurga lah yang kita patut rasa gembira & enjoy daripada bila bersama-sama kawan-kawan.bukan begitu?

What's more important then?

well, i don't know about you guys~
but for me, OF COURSE IT'S MY FAMILY! ^^

this is just something that i wanted to share.
the reason is because, most people nowadays, especially us, the youth~ always forget about this~
what is "this" im talking about?
it is the importance of family.

(^_~)

Commitment.

Friday, November 12, 2010

masa: 8.38 pagi

kondisi: di keheningan pagi~


COMMITMENT? what exactly does it mean?

well, from the very definition in Cambridge Advance learner Dictionary it simply mean - when you are willing to give your time and energy to something that you believe in, or a promise or firm decision to do something.

well.. clearly~ from the perspective of updating the my blog here, i havent yet put my full commitment. huuu..under certain circumstances.Asif jiddan ~


commitment towards something can only be achieved if only one have the sense of importance regarding the matter.
it is in fact difficult to maintain the commitment.

commitment towards our religion, our family, works, duty, even on ourself.

Hanya mereka yang betul2 kuat dpt istiqamah dlm apa yg dilakukan.

diri terkesan dgn kata-kata yang mana , ' Hati itu bila mana tidak di gerakkan oleh ALLAH SWT, kita tidak akan dpt melakukan sesuatu perkara atau kerjaan'.

it is true indeed!
bermakna, dlm apa komitment ynag kita letakkan, semua kerana ALLAH menggerakkan hati ini dan menyedarkan kepentingannya pada kita.

so~ exactly how to be commited on doing something?
haaaa~ soalan yang jawapannye sebenarnya sgt mudah.. cuma aplikasinya yang sukar..buat diri-diri yang masih mencari~

untuk diri kita komited terhadap sesuatu, pertamanya tentu lah niat kita kena betul. Biarpun apa tindakan kita, diri sentiasa memperingati diri biarlah segala apa yg kita lakukan itu.. LILLAHI TA'ALA. semuanya kerana Dia, Allah Ta'ala.

keduanya, bila mana kita ada sense of belonging terhadap sesuatu perkara itu. insyaALLAH, tentu mudah pekerjaan ynag kita lakukan itu. kita dapat berikan dgn sepenuh komitment kita.

ketiga, didik diri supaya mempunyai 'jiwa yg besar'! hingga kini diri berpegang pd kata-kata itu. terusik sebentar saat diberikan kata-kata tersebut. Trying my best~

All of these are the methods n ways to stay in being commited towards something. Im saying all these for the reminder of myself. sekadar utk mengingatkan diri sendiri yang mudah alpa. masih lemah utk memberi sepenuh komitmen terhadap sesuatu perkara. diri masih berusaha. kekuatan itu sedang cuba utk di bina. insyaALLAH! once im ready, i will. dont worry, i will give mine.

Walaubagaimanapun, tidaklah diri mahu utk simpan utk diri sendiri. biarlah post2 yang diletakkan di sni, dpt dimanfaatkan oleh diri juga sahabat-sahabat yang lain.

Wallahua'lam. ('',)

update!

Saturday, September 18, 2010

=/

Hampir sebulan lebih rupanya tidak di update blog ini.
terasa sperti ada pelbagai nk dikongsikan.

tp, kerajinan utk menaip belum ada. haih~...
InsyaALLAH, akan ku perbaharui lagi bila berkesempatan.

Wallahua'lam bisyawab.

DON'T DENY!

Thursday, July 8, 2010

sejauh mana tinggi ilmu agama kita
sejauh mana kuat pegangan kita..

jangan kata, TIDAK, aku tak punya masalah hati!

DONT DENY~

Iman kita sebagai manusia sentiasa turun dan naik
ada suatu masa mungkin kita bisa katakan TIDAK, dan kuat dgn pendirian..


tp jgn ambil mudah
helah SYAITAN itu berbagai cara.
boleh jadi ada ketika iman kita juga boleh goyah.

saat ini kita bisa kuat menolak segala masalah yang melibatkan HATI,
tapi akan datang?
bila-bila sahaja boleh jd pegangan kita sendiri songsang dengan apa yg kita pernah kataan.

jadi, DON'T DENY.

Masalah HATI adalah satu masalah yg PALING SUKAR utk kita manusia jauhkan.

diri sendiri lemah,
tak punya kekuatan.
mudah juga kadang-kala diganggu oleh masalah hati.

walaupun demikian, jangan lupa sahabat-sahabat disisi.
ambil masa, dekat dgn mereka yang memahami.
pinta nasihat.
Perbanyakkan amalan dan lebih dekat dengan DIA.

Andai diri yang memesan ini jatuh, minta tolong sama bangunkan.
sama-sama bermujahadah di atas jln ALLAH SWT. Amin Ya Rabbal A'lamin.

JADI,
Apa yang diri cuba hendak sampaikan di sini,
sekadar utk ingatkan pada diri sendiri terutamanya, juga sahabat-sahabat sekalian,
JAGA IMAN MU, JAGA HATI MU.


JUST DON'T DENY by saying that u would not have problem on this matter. AT ALL~

(thats not true! Naudzubillah min zalik!)

*mmg fitrah manusia punya hati, jiwa dan perasaan~ cuma,
aplikasikan,serta gunakan dengan wadah yang sebetulnya.

Wallahu'alam bisyawab

=(

Wanita.

Thursday, June 17, 2010

peringatan ini khusus buat diri~

Allah Maha Bijaksana..
cantik sungguh pelaksanaannya..
Dia beri kita rasai manisnya cinta..
bagaimana rasanya cinta..
selalu rindu untuk menemukan pesanan-pesanannya..
tidak sabar, gemuruh, bila nk bertemu..
sentiasa ingin tampil menarik dihadapannya..
barangkali ini agaknya rasa itu..

tapi setelah itu, DIA ketuk hati kita..
kita tahu kebenaranNYA tapi rasa seperti tidak mampu untuk menggalasnya..
DIA tahu hati seperti inilah yang lunak untuk kembali mengingati-Nya..
DIA temukan kita dengan cahaya2 petunjuk-Nya..
Tuhan itu maha Pengasih..
Tuhan itu maha Pemurah..
Setitis derita yang melanda, segunung kurniaan-Nya ..
bersyukurlah.. sujudlah.. ucapan kalimah syukurmu itu dari hati yang terdalam.. ucapkan terima kasih pada-Nya.. terima kasih yang teramat sgt..
kerana hanya orang dikehendaki-Nya shj yang akan diberi petunjuk..
nah, jangan berlengah.. kuatkan hatimu.. tegaskanlah prinsipmu..
DEMI ALLAH TERCINTA.. DEMI ALLAH!!

suatu ketika dahulu, wanita adalah golongan yang paling tidak berguna dan acap kali ditindas..
tapi setelah kedatangan nabi kita tercinta, MUHAMMAD S.A.W martabat wanita kembali di kedudukan yang atas..
apa ini balasan kita untuk penat lelah & susah payah baginda..??
sanggup kita..??
sehingga saat kematian baginda pun, yang terpacul dibibirnya hanyalah~umatku!3x..
betapa sayangnya baginda pada kita..
teramat sayang!.. sampainya hati kita berlaku begitu..

wanita bisa menjadi fitnah untuk lelaki..
oleh itu, kitalah yg kena bertegas untuk mengetuk pintu kelalaian insan bernama lelaki..
ada yang mengingatkan, jadilah sang mawar berduri..
walau kadangkala mawar itu terpaksa 'melukakan' jari2 yang cuba menyentuhnya lantaran 'duri' (prinsip) yang memagari batangnya..
walau seringkali mawar dikatakan sebagai bunga yg kejam..
tapi xmengapa.. Tuhan tahu bahawa mawar itu sedang kuat mencuba menutupi sari madunya dari menjadi ratahan kumbang yang tidak bertanggungjawab.. hanya kumbang terpilih sahaja yang bisa menebarkan dedebu bunganya~

kerana Tuhan akan tanya apa yang telah kita usahakan..
bukan natijahnya..


ketahuilah,
suami itu seorang sgt tinggi martabatnya buat isteri setelah cinta kita pada Allah dan Rasul-Nya..
tegakah kita untuk memberi sisa cinta kita kepada seorang yang bergelar suami..?
padahal dialah yang selayaknya kita curahkan rasa cinta dan sayang
cinta pertama manis..
sebab itu, simpankan saja cinta itu utk dia..
kita berkuasa memilih..
Tapi Allah lah yang menetukan segalanya

tugas kita sekarang..
adalah dengan mencari redha-Nya..
capai cinta Allah & Rasul..
hargai kedua orang tua..
andai ditengah perjalanan ini kita diuji,
mohon kekuatan dari ALLAH..
minta pandangan orang tua..
berbincang sama teman2 yang 'sealiran'..

terus terang padanya..
jangan kalah!
takut lah pada azab Allah..
berani kerana benar.
awak boleh..
jangan berlengah..
awk mampu..
Demi ALLAH..

lots of credits to; ya~

Allah Knows

Monday, June 14, 2010

By Zain Bhikha





All Praises to ALLAH.