KURANG CERDIK

Monday, March 21, 2011

Bismillah..

Manusia dilahirkan dengan kurniaan akal.
Akal adalah satu anugerah dari Allah yang diberikan hanya kepada manusia.
Berlainan daripada haiwan, ia dikurniakan naluri (instinct) untuk kehidupannya.

Namun begitu ada sesuatu yang ada pada kita ada juga pada haiwan. OTAK.
Otak memainkan peranan yang penting dalan kehidupan. Tanpanya manusia boleh hilang fungsi sebagai insan.

Tetapi entri pada kali ini bukan bertujuan untuk berbicara soal otak tetapi kepandaian. Manusia diberikan otak yang sama namun tidak kepandaian. Walaubagaimanapun, ALLAH tidak menjadikan manusia itu bodoh tetapi ALLAH menjadikan kepandaian yang berbeza-beza. Ingin saya berkongsi suatu cerita yang mungkin boleh menerangkan maksud tersirat dihati ini.

Ceritanya berkisarkan tentang seorang professor dari sebuah universiti terkemuka tempatan sedang bercuti bersama keluarga di sebuah pulau yang cantik di pantai timur. Dalam perjalan menuju ke pulau tersebut berlaku dialog diantara professor tersebut dengan pemandu bot.

Prof: Cik, boleh saya bertanya, cik tahu membaca?

Pemandu bot: Allah cik. Manelah orang macam saya tahu membaca cik. Setakat abc gitu tahulah. Nak lebih-lebih tak tahu la saya cik.

Prof: Sayang, kamu sudah kehilangan sebahagian daripada nikmat dunia. (Sambil menggelengkan kepala)

Kemudian Professor tersebut bertanya lagi,

Prof: Cik, cik tahu mengira?

Pemandu bot: Allah cik. Manelah saya tahu cik. Setakat kira duit rm5 dari jeti ke pulau, dari pulau ke jeti rm5 tahulah cik. Lebih-lebih dari tu tak tahulah saya cik.

Prof: Sayang, kamu sudah kehilangan sebahagian daripada nikmat dunia. (Sambil menggelengkan kepala)

Dalam perjalanan menuju kira-kira lagi satu kilometer dari pulau, tiba-tiba bot tersebut mengalami kebocoran. Air laut masuk ke dalam bot dengan cepat. Dengan pantas pemandu bot mencedok air keluar bot. Tetapi air tetap masuk dengan mendadak sehinggakan tidak termampu lagi bagi pemandu bot untuk mencedok keluar air.
Tiba-tiba pemandu bot bertanya kepada professor,

Pemandu bot: Cik, cik tahu berenang?

Prof: Eh, saya , saya tak tahu berenang.(Dalam keadaan gusar)

Pemandu bot: Kalau cik tak tahu berenang, cik akan kehilangan semua nikmat dunia cik.

Prof: Gulp!???
________________________________________________________________________


Kesimpulannya di sini, kita janganlah sekali-kali merendahkan martabat seseorang itu berdasarkan kelayakan akademiknya semata-mata. Kadang-kala orang itu lebih berpengetahuan dari kita.
Paling tidak pun, orang itu mahir dalam bidangnya. Kita pakar dalam bidang kita, manakala orang itu pakar dalam bidangnya. Masing-masing ada pengkhususan bidang masing-masing.
Selain daripada itu, janganlah kita mencerca pengutip sampah yang mengutip sampah ataupun tukang sapu yang saban hari melakukan pekerjaannya. Andai kata mereka tidak bekerja walaupun sehari, sudah tentu kawasan kita akan dipenuhi dengan sampah.
Jadi ingatlah sentiasa, ALLAH tidak menjadikan manusia itu bodoh tetapi ALLAH menjadikan kepandaian yang berbeza-beza.


Lots of credit to,
(^_^)

2 comments:

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

fara! nie fatin..wa..nice blog! n diz entry sama la ngn entry org..hehe..

nywy follow my blog visitmefatin.blogspot.com

mymunah alsagoff said...

salam..farah!....my here~ (sharifah maimunah syed zaid)...^_^..jalan2 baca blog org..jemput dtg blog kita pulak ya..hee..