Redha

Friday, December 4, 2009

masa: 10.05 pagi
kondisi: hujan renyai2
kondisi diri: lebih tenang dr sebelumnya..:)


redha dengan segala keputusan
bersyukur dan ikhlas menerimanya
mungkin bukan milik kita,kerana itu kita tidak memilikinya
berusaha dengan lebih tekun
agar esok akan menjadi milik kita.

usah berputus harapan
semua yang berlaku ada hikmahnya
ambil kesilapan itu sebagai satu pengajaran
penggerak untuk masa hadapan.
supaya bergerak kehadapan

bila sekali jatuh, tidak bermakna jatuh selamanya
ada yang sekali jatuh,akan datang bangun dan bangkit semangat semula
manakala,
ada yang berjaya,lalu leka dan kemudian jatuh dipertengahan jalan.
untuk jadi yang terbaik
Berusaha,berusaha dan teruskan berusaha dan tidak lalai dan alpa'
tawakkal kepada ALLAH dan berserah kepadaNYA.

ALLAH tau apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA
apa yang DIA berikan,kena pada waktunya
mungkin hari ini bukan waktu dan peluang kita
tetapi,
mana tahu, hari esok dan hari yang mendatang akan menjadi milik kita.

apa yang penting,
ketetapan dalam pemikiran
sentiasa positif dan optimis
insyaALLAH, diri kemudiannya tenang dengan segala situasi.
sentiasa ingat ALLAH SENTIASA DI SISI.

AMIN AMIN YA RABBAL A'LAMIN.

0 comments: