masa: 5.30 minit petang
kondisi: neutral~
kejadian/peristiwa hari ini buatkan diri terfikirkan sesuatu~
Bayangkan, kita hendak membeli sehelai baju.
akan tetapi kita sudah punyai sehelai baju yg lebih kurang sama seakan2 baju yang kita punyai.
Namun,
kita tetap berkeras,
inginkan baju yang di jual oleh kerana ianya masih baru,
tanpa kita sedari bahawa baju yg kita hendak beli itu sama sahaja dgn yg kita sudah miliki.
diri terfikir,
bukankah sepatutnya kita guna sahaja baju yg sudah sedia ada?
Walaupun baju itu kemungkinan lebih lama dari baju yang baru,
akan tetapi, mungkin kualiti baju yang baru itu tidak sama seperti baju yang lama.
Baju itu mungkin sudah lama,
walaubagaimanapun ia tetap boleh digunakan bukan?
hargai apa yang kita ada,
latih diri kita.
baju lama itu mungkin bukan yg terbagus dari baju baru itu,
tetapi ingatlah, baju lama itu lebih byk memberi jasa kpd kita.
jangan kerana sudah jumpa baju yang lebih baik, kita tinggal dan lupakan baju kita yang lama.
jadi~~~
Sama2 kita beringat dan fahamkan;
*JANGAN BAZIRKAN DUIT KITA UTK BRG YANG BUKAN MENJADI KEPERLUAN BUAT DIRI*
(",)
Baju itu.
Wednesday, June 9, 2010
Posted by Fara Hazwani at 5:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment